2 ADUN tuntut MB Kelantan mohon maaf dalam tempoh seminggu

Dari Penulis

DUA Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Kelantan memberi tempoh tujuh hari kepada Menteri Besar, Datuk Mohd Nassuruddin Daud membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap dakwaan mereka menolak perjuangan Islam.

ADUN Kota Lama, Dr Hafidzah Mustakim dari Pakatan Harapan (PH) dan ADUN Galas, Mohd Syahbuddin Hashim dari Barisan Nasional (BN) menyatakan tindakan memfailkan saman sivil di mahkamah akan dilakukan jika permohonan maaf berkenaan gagal dibuat.

Mohd Syahbuddin berkata kenyataan sedemikian adalah budaya takfiri yang boleh memecah-belahkan rakyat dan masyarakat negara ini.

“Kami tersinggung dengan pernyataan Menteri Besar ini yang saya anggap sebagai melampau dan ekstrim dan ia mewakili 10,742 rakyat Galas yang mengundi BN dan 9,691 rakyat Kota Lama mengundi PH,” katanya dalam sidang media bersama Dr Hafidzah, hari ini.

Mohd Nassuruddin dalam satu rakaman video yang tular mendakwa kemenangan PAS semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan 12 Ogos lepas adalah kemenangan perjuangan Islam serta menyifatkan dua kerusi yang dimenangi PH-BN sebagai pihak yang ‘menentang perjuangan Islam.’

Baca artikel lain:Gerakan tidak setuju cadangan logo Hari Kebangsaan PN

Dalam pada itu, Dr Hafidzah berkata kenyataan tersebut tidak sepatutnya diungkapkan kerana Mohd Nassuruddin sebelum ini menyatakan mahu bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan.

“Ini bertentangan dengan semangat federalisme, tidak menghormati langsung bahawa dalam negara demokrasi kita ada pilihan rakyat untuk memilih dan kita akan melaksanakan tanggungjawab sebagai penyemak dan imbang dalam Dewan, sedangkan peringkat tertinggi memandang serong kepada kita,” katanya.

Kedua-dua mereka telah mengarahkan peguam untuk menghantar notis tuntutan maaf tersebut kepada Mohd Nassuruddin.

PAS berjaya membentuk kerajaan negeri selepas menang 43 daripada 45 kerusi Dewan Undangan Negeri pada PRN Kelantan.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

SKDS diperluas kepada jip, pikap syarikat mulai 15 Julai

KERAJAAN memperluaskan kelayakan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) kepada kenderaan persendirian syarikat kategori jip dan pikap, sekali gus membolehkan...

More Articles Like This