Penempatan haram Rohingya berlarutan di Sungai Tekali atas kebenaran pemilik tanah

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

PEMILIK tanah yang membenarkan pembinaan struktur dan penempatan tanpa kelulusan oleh warga Rohingya di Sungai Tekali dikenal pasti sebagai antara punca utama isu berkenaan terus berlarutan walaupun pelbagai operasi penguatkuasaan sudah dilaksanakan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dusun Tua, Datuk Johan Abdul Aziz berkata, isu berkenaan bukan perkara baharu malah sudah dibangkitkan dalam Mesyuarat Tindakan Daerah Hulu Langat sejak tahun lalu untuk perhatian serta tindakan agensi berkaitan.

Menurutnya, pelbagai tindakan penguatkuasaan, pemantauan dan operasi sudah dijalankan, namun usaha menangani masalah itu menjadi lebih sukar apabila pemilik tanah didakwa membenarkan tanah mereka digunakan bagi tujuan penempatan serta pembinaan struktur tanpa kelulusan.

“Keadaan menjadi lebih rumit apabila terdapat pemilik tanah yang turut menyediakan kemudahan utiliti seperti bekalan air dan elektrik kepada penghuni.

“Tindakan itu bukan sahaja melanggar peraturan ditetapkan, malah menyukarkan usaha agensi kerajaan untuk menyelesaikan isu berkenaan secara berkesan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan itu dibuat susulan video tular mengenai isu penempatan dan pembinaan struktur tanpa kelulusan di kawasan Sungai Tekali yang mendapat perhatian ramai.

Johan turut merakamkan penghargaan kepada pempengaruh media sosial, Azad Jasmin atau Pak Ajad kerana membantu membawa isu itu kepada perhatian umum.

Beliau berkata, terdapat beberapa maklumat serta bukti yang tidak boleh didedahkan kepada orang ramai kerana membabitkan operasi penguatkuasaan yang sedang dan telah dijalankan oleh agensi berkaitan.

Bagaimanapun, katanya, berdasarkan maklumat serta tindakan yang dilaksanakan setakat ini, peranan pemilik tanah jelas menjadi antara faktor utama yang menyumbang kepada masalah berkenaan.

Sehubungan itu, beliau akan membangkitkan semula perkara berkenaan dalam Mesyuarat Tindakan Daerah akan datang bagi memastikan tindakan lebih menyeluruh dapat diambil.

“Saya berpandangan tindakan tidak boleh hanya tertumpu kepada penghuni semata-mata, sebaliknya perlu memberi fokus kepada pihak yang membenarkan dan memudahkan aktiviti ini berlaku di atas tanah milik mereka.

“Semua pihak yang terbabit perlu dipertanggungjawabkan mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa supaya penyelesaian yang diambil benar-benar menangani punca sebenar masalah,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kertas siasatan aduan terhadap Azam Baki diklasifikasi NFA

KERTAS siasatan berhubung pengaduan Tei Jiann Cheing (Albert Tei) terhadap bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan...

More Articles Like This