Lima ditahan selepas libas lelaki guna parang, kayu hoki kerana hutang

Dari Penulis

LIMA lelaki ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kejadian merusuh dengan menggunakan parang dan kayu hoki di sebuah premis dekat Matang, Kuching, awal pagi semalam.

Video penuh klik link di bawah

https://t.me/infoutusantv/221

Pemangku Ketua Polis Daerah Padawan, Deputi Superintendan Lim Jaw Shyong berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa seorang lelaki tempatan berusia 30-an pada pukul 1.16 petang.

Beliau berkata, dalam kejadian pukul 1 pagi itu, mangsa bersama teman wanita sedang makan malam sebelum didatangi lima lelaki.

“Salah seorang suspek menuduh mangsa mempunyai hutang dengannya, tetapi dinafikan oleh mangsa.

“Suspek yang tidak puas hati telah membawa mangsa keluar dari premus sebelum memukul dengan kayu hoki dan melibas dengan parang,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, mangsa cuba melarikan diri, tetapi tidak berjaya dan cedera ketika berbuat demikian.

Suspek yang menyedari kecederaan dialami mangsa telah bertindak melarikan diri.

“Mangsa telah dibawa ke hospital dan kini berada dalam keadaan stabil,” ujarnya.

Jaw Shyong berkata, kelima-lima suspek yang terlibat dalam kes ini telah ditahan dan kes disiasat dibawah Seksyen 326/148 Kanun Keseksaan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

MCMC, PDRM tumpaskan sindiket kecurian peralatan telekomunikasi di Sarawak

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sarawak berjaya menumpaskan kegiatan penyimpanan peralatan telekomunikasi...

More Articles Like This