JABATAN Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) sedang menjalankan siasatan lanjut susulan isu bacaan doa orang Islam yang turut disertai acara berdoa individu bukan Islam.
JAWI dalam kenyataan memaklumkan, jabatan itu mengambil maklum tentang isu yang dipercayai berlaku pada satu program pecah tanah sekitar Kuala Lumpur.
Menurut jabatan itu, siasatan lanjut akan dilakukan bagi memastikan amalan tersebut tidak mengandungi unsur-unsur yang menyalahi pandangan hukum atau fatwa berkaitan yang sedang berkuat kuasa.
Katanya, sebarang kesalahan yang berhubungan dengan akidah boleh dikenakan tindakan undang-undang dan hukuman di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997, Akta 559.
“Keharmonian dan toleransi antara agama adalah perkara yang disarankan oleh ajaran Islam lebih-lebih lagi dalam situasi negara yang berbilang kaum.
Baca artikel berkaitan: Semua penceramah di Wilayah Persekutuan perlu ada tauliah – JAWI
“Namun, semua pihak dinasihatkan agar sentiasa merujuk kepada pihak autoriti agama bagi memastikan tindakan yang dilaksanakan mengikut lunas hukum syarak yang telah ditentukan,” katanya dalam kenyataan itu hari ini.
Terdahulu, tular di media sosial rakaman video mengenai satu program pecah tanah bangunan ibu pejabat sebuah parti di ibu negara yang diadakan dalam suasana upacara keagamaan bukan Islam.
Menerusi rakaman video itu, kelihatan seorang lelaki dipercayai beragama Islam sedang membacakan doa di hadapan beberapa individu yang sedang melakukan ritual keagamaan bukan Islam.
Selain itu, kelihatan ratusan tetamu menghadiri program berkenaan bersama sejumlah tetamu kehormat.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

