Treler mengundur langgar tujuh kenderaan dekat Rawang

Dari Penulis

SEBUAH treler dilapor bergerak secara mengundur sebelum melanggar tujuh buah kenderaan di Kilometer 14, Jalan Kuala Lumpur-Ipoh, pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, kemalangan pada pukul 11 pagi itu berlaku ketika treler bermuatan bar keluli itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Rawang.

Beliau berkata, sampai di lokasi kejadian, treler tersebut telah mengalami kerosakan mekanikal lalu mengundur dan melanggar beberapa buah kenderaan yang berada di belakang.

“Antara kenderaan yang terlibat ialah sebuah lori Isuzu, van Nissan Vannette, motosikal Honda EX5 dan empat buah kereta.

“Pemandu treler patah tangan sementara mangsa lain hanya cedera ringan,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, selepas kemalangan treler terbabit telah melintang di tengah jalan dan menghalang laluan sehingga menyebabkan kesesakan yang luar biasa.

Noor Ariffin berkata, semua kenderaan berjaya dialihkan dan laluan boleh digunakan semula pada pukul 12.45 tengah hari.

Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohd Shaifuddin Mohd Nor di talian 017-6645812 atau 03- 61262222.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel turun 30 sen seliter minggu ini

HARGA diesel di Semenanjung diturunkan 30 sen seliter bagi tempoh 18 Jun hingga 24 Jun ini. Kementerian Kewangan dalam kenyataan...

More Articles Like This