Pemuda Bangladesh maut tersepit mesin pemampat

Dari Penulis

SEORANG lelaki warga Bangladesh maut selepas tersepit mesin pemampat di sebuah kilang dekat jalan Sungai Puluh, Klang, petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Wan Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada pukul 1.51 petang.

Beliau berkata, sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Bomba tiba di lokasi dan mendapati mangsa berusia 19 tahun itu tersepit ketika melakukan kerja memampat bahan kitar semula,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, mangsa  didapati mengalami cedera parah sebelum disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kor Ming ajak Onn Hafiz sertai Program Sentuhan Kasih KPKT

MENTERI Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming mengundang Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi untuk turut serta...

More Articles Like This