SEORANG lelaki cedera selepas kereta yang dinaiki merempuh sebuah lori sampah dekat Jambatan Muhibbah menghala ke Pelabuhan Barat, tengah hari tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Wan Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada pukul 2.20 petang.
Beliau berkata, sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Bomba tiba di lokasi dan mendapati sebuah Proton Wira yang dipandu seorang lelaki Cina berusia 19 tahun telah melanggar belakang lori sampah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, mangsa berada dalam keadaan sedar dan tidak tersepit namun trauma.
Mangsa yang mengalami cedera ringan telah dikeluarkan oleh bomba dan diberi rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

