Buruh didakwa bunuh pemandu teksi

Dari Penulis

Seorang buruh didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pemandu teksi, di tepi jalan di hadapan Klinik Kesihatan Seberang Takir di Kuala Nerus, 10 Ogos lepas.

Muhammad Hanif Mohd Rosli, 29, mengangguk faham apabila pertuduhan dibacakan kepadanya bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Dia didakwa membunuh Mohd Latif Idris, 51, di tepi jalan di hadapan Klinik Kesihatan Seberang Takir di Jalan Pantai Teluk Ketapang di Kuala Nerus pada 10 Ogos, kira-kira pukul 10.09 malam hingga 10.56 malam.

Majistret Nik Mohd Tarmizie Nik Mohd Sukri menetapkan 27 Sept untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Khairuddin Idris manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Shahir Mat Jusoh.

— BERNAMA

Thursday , 24 August 2023

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegra


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Jenazah suami Nancy Shukri diterbangkan ke Kuching hari ini

JENAZAH suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri iaitu Datuk Kamil Misuari akan diterbangkan...

More Articles Like This