SEORANG kanak-kanak lelaki terpaksa menanggung kesakitan selepas kaki kiri tersepit besi penutup longkang dalam satu kejadian di Jalan PJS 10/11, Taman Sri Subang, petang tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Wan Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada pukul 3.56 petang.
Beliau berkata, sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Kanak-kanak India berusia 11 tahun itu mengalami cedera di betis kaki kiri akibat insiden tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.
Jelasnya, anggota bomba telah mengeluarkan kaki dari besi penutup longkang sebelum diserahkan kepada Kementerian Kesihatan bagi rawatan lanjut.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

