SPRM nafi keluar kenyataan siasat KPPA kerana rasuah

Dari Penulis

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan telah mengeluarkan kenyataan bertarikh 23 Ogos 2023 berhubung siasatan rasuah membabitkan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) seperti yang tular di media sosial.

SPRM dalam kenyataan hari ini memaklumkan tindakan mengeluarkan kenyataan palsu seperti itu ternyata berniat jahat dan mengelirukan orang ramai.

Baca artikel berkaitan: Polis bantu SPRM mohon notis merah Interpol terhadap menantu Muhyiddin

“Sehubungan itu, orang ramai diminta agar tidak menyebarkan dan berkongsi sebarang maklumat yang tidak pasti atau palsu,” menurut kenyataan itu.

Semalam, tular di media sosial satu kenyataan bertajuk SPRM Siasat Dakwaan Rasuah Melibatkan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Dr Zulkapli Bin Mohamed kononnya dikeluarkan oleh suruhanjaya itu.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Polis sahkan Haim Hilman digari, tegaskan ikut prosedur

POLIS mengesahkan Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah berada dalam...

More Articles Like This