Air sisa nuklear Jepun: Malaysia pasang GSWMS di perairan negara – MOSTI

Dari Penulis

MALAYSIA akan memasang Gamma Spectrum Water Monitoring Station (GSWMS) di perairan Sabah susulan tindakan Jepun menyalurkan air terawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daaiichi ke laut, semalam.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Chang Lih Kang berkata, ia sebagai langkah pemantauan aras keradioaktifan di perairan negara.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan, setakat ini tiada peningkatan aras keradioaktifan dikesan di perairan negara.

“Kami prihatin dan mengambil berat kebimbingan rakyat Malaysia, maka Jabatan Atom telah pun memasang sensor GSWMS. Ia sudah ada di perairan negara kita, jadi kita akan selalu pantau sepanjang masa.

“Sensor ini selain daripada Malaysia hanya Singapura dan Vietnam saja ada. Jadi Malaysia menjadi negara ketiga yang pasang sensor ini,” katanya seperti dilapor Astro Awani.

Beliau sebelum itu hadir merasmikan majlis STEM Showcase ’23, sempena Karnival Minggu Sains Negara 2023 Peringkat Negeri Pulau Pinang di Sekolah Menengah Han Chiang, Jelutong, hari ini.

Baca artikel lain: Malaysia belum putuskan sekat makanan laut dari Jepun – Mohamad Sabu

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan Jepun melepaskan sisa air dari loji kuasa nuklear Fukushima Daaiichi ke laut.

Lih Kang menambah, MOSTI bercadang untuk memasang empat lagi unit GSWMS dalam masa terdekat di lokasi yang akan diumumkan kelak.

Semalam, Jepun melakukan pelepasan sisa air tersebut sebagai langkah perlu untuk penyahtauliahan loji kuasa itu, yang terletak di pantai timur negara itu, kira-kira 220km (137 batu) di timur laut ibu negara Tokyo.

Negara itu telah mengumpul dan menyimpan air tercemar dalam tangki selama lebih dari satu dekad menyebabkan ruang semakin berkurangan, menurut laporan.

Bagaimanapun tindakan Jepun itu mendapat bantahan dari negara jiran seperti Korea Selatan dan China kerana dikhuatiri ia boleh membawa akibat negatif untuk jangka masa panjang.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Johor perlukan politik menyatukan dan bukan yang memecah-belah – Mohamad Sabu

PRESIDEN Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu menegaskan Johor memerlukan politik yang menyatukan dan bukan memecah-belahkan. Tegasnya, apabila...

More Articles Like This