SEBARANG bentuk penyaluran bantuan kerajaan sepanjang tempoh berkempen, termasuk pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram tidak boleh menggunakan lambang parti, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata perkara itu juga telah dibincangkan bersama Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
“Ada berbangkit tentang penyaluran bantuan-bantuan kerajaan kepada rakyat, lambang parti tidak boleh digunakan. Ini telah diamalkan Perikatan Nasional (PN) dahulu dan saya percaya ada juga satu dua kes berlaku dalam Kerajaan Perpaduan.
“Arahan kita perkara ini (guna lambang parti), tidak boleh kerana bantuan kerajaan harus disalur atas nama kerajaan,” katanya selepas menghadiri Majlis Kenduri Rakyat dan Penyerahan 1,000 bakul Rahmah di Dataran Taman Dahlia hari ini.
Baca artikel lain: Air sisa nuklear Jepun: Malaysia pasang GSWMS di perairan negara – MOSTI
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon bagi kedua-dua kerusi berkenaan pada esok, pengundian awal 5 Sept dan hari pengundian pada 9 Sept.
Kerusi berkenaan kosong susulan kematian penyandangnya, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lepas.
–BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

