Tular wanita menangis teresak-esak selepas dirompak lelaki berpistol

Dari Penulis

TULAR sejak semalam tangisan seorang pekerja wanita yang trauma selepas dirompak seorang lelaki bersenjatakan pistol di sebuah premis telefon dekat Tambun, Bekasi di Jawa Barat .

Video penuh klik link di bawah

https://t.me/infoutusantv/332

Memetik laporan Kilat, dapat dilihat aksi suspek yang bertopi keledar bewarna hijau dengan lambang p-hailing, bersarung tangan dan berpelitup muka telah masuk ke dalam premis telefon yang hampir tamat waktu operasi.

Suspek dilihat berpura-pura menjadi pelanggan sebelum memasukkan tangan ke dalam beg sandang sebelum mengeluarkan sepucuk pistol lalu mengacukan ke muka pekerja wanita itu.

Pekerja itu kemudian dengan pantas menundukkan muka di belakang rak cermin yang kemudiannya menyerahkan sejumlah wang kepada suspek.

Suspek terus bergegas keluar premis dan melarikan diri dengan sebuah menaiki motosikal.

Menerusi audio rakaman kamera litar tertutup di kedai tersebut dapat didengari dengan jelas suara tangisan pekerja wanita itu yang ketakutan.

Aksi menyentuh hati itu membuatkan warganet turut bersedih dan mengharapkan suspek akan diberkas polis dengan kadar segera.

Kejadian dilapor berlaku pada Isnin lalu.

“Trauma bgt pasti mbak nya,” tulis Roy.liu89.

“Kasian penjaga konternya semoga pelaku cepet ketangkep,” ujar Udik1740.

“Entah itu pistol mainan atau beneran. Klo di posisi itu jg pastinya panik dan inget anak,” kata Ismijourney.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel turun 30 sen seliter minggu ini

HARGA diesel di Semenanjung diturunkan 30 sen seliter bagi tempoh 18 Jun hingga 24 Jun ini. Kementerian Kewangan dalam kenyataan...

More Articles Like This