PRK: KJ ramal PH hilang DUN Simpang Jeram, pertahan Parlimen Pulai

Dari Penulis

BEKAS Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin meramalkan keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) 9 September ini berkesudahan 1-1 dengan Pakatan Harapan (PH) mungkin hilang kerusi DUN Simpang Jeram dan mempertahankan Parlimen Pulai.

Menurut Khairy, ramalan di DUN Jeram adalah sekiranya terdapat peralihan sebanyak 70 peratus hingga 80 peratus undi Barisan Nasional (BN) kepada Perikatan Nasional (PN).

Bagaimanapun, bagi Parlimen Pulai, bekas Menteri Kesihatan itu, berkata kerusi tersebut akan terus dipertahankan PH berdasarkan keputusan PRU sebelum ini.

“(Di Simpang Jeram) Jika undi BN pada PRN Johor sebanyak 6,062 ditambah undi PN (6,350) jadi 12,000…lebih banyak daripada PH dapat (8,749).

“Jika tidak 100%, 70% hingga 80% peralihan undi BN ke PN sudah cukup (PH tewas di Simpang Jeram),” katanya menurut Free Malaysia Today.

Beliau menyatakannya dalam podcast Keluar Sekejap bersama bekas ketua penerangan UMNO, Shahril Hamdan

Sementara itu, Shahril berkata semakin ramai bekas penjawat awam menjadi calon PN termasuk Dr Mohd Mazri Yahya di Simpang Jeram, menunjukkan trend kakitangan kerajaan ketika ini memihak kepada pembangkang.

Mazri adalah bekas pegawai di Kementerian Kesihatan dan pakar bedah vaskular dan endovaskular.

“Trend penjawat awam semakin jelas memihak kepada PN bukan sahaja PRN (enam negeri) tetapi berlaku di PRU15.

“Banyak saluran tunjuk tentera memihak kepada PN. Sesetengah tempat polis pihak pada PN dan kerusi penjawat awam di Putrajaya dimenangi PN,” katanya.

PRK Pulai dan Simpang Jeram diadakan susulan kekosongan luar jangka kerusi itu kerana kematian penyandangnya Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan undi awal pada 5 Sept dan 9 Sept ini sebagai hari pengundian.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This