Tarian separa bogel: DBKL arah tutup, kompaun sebuah premis di Jalan Bukit Bintang

Dari Penulis

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengarahkan penutupan serta merta dan kompaun ke atas sebuah premis di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur susulan video tarian separa bogel di hadapan premis itu yang tular di media sosial minggu lepas.

DBKL menerusi hantaran di Facebook rasminya memaklumkan Jabatan Penguatkuasaan pada 23 Ogos lepas telah menjalankan satu tindakan khas di premis terbabit dan mendapati ia mempunyai lesen komposit kedai runcit (barangan kering sahaja) bagi menjalankan aktiviti pasar raya.

Bagaimanapun, menurut DBKL premis terbabit telah dikendalikan oleh empat pekerja warga asing yang tidak mempunyai permit kerja yang sah, masing-masing dua warganegara Bangladesh dan Iran.

“Oleh itu, DBKL telah mengeluarkan satu notis kompaun kerana menggajikan pekerja warga asing tanpa permit kerja yang sah dan satu notis kompaun kerana menjalankan aktiviti selain yang dilesenkan.

Premis itu juga diarahkan untuk ditutup serta merta kerana dikendalikan oleh bukan warganegara,” menurut hantaran itu.

DBKL turut memaklumkan hasil maklumat pekerja premis itu menyatakan kejadian tarian separa bogel itu berlaku pada 5 Julai lepas bersempena dengan sambutan ulang tahun premis tersebut.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Tentera Malaysia, Indonesia perkukuh kerjasama hadapi ancaman baharu

SERAMAI 719 anggota keselamatan dan agensi berkaitan dari Malaysia serta Indonesia menyertai Latihan Gabungan Bersama Malaysia-Indonesia Darat Samudera Angkasa...

More Articles Like This