Naik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Senai tampung tambahan 1 juta pengunjung

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PROJEK menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Senai dilihat mampu menampung tambahan satu juta pengunjung ke Johor selepas ini.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, penambahan tujuh pintu balai berlepas yang baharu siap di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai itu akan dibuka seawal bulan depan.

Menurut Onn Hafiz, penambahan pintu balai berlepas itu dilaksanakan susulan jangkaan peningkatan jumlah pengunjung daripada empat kepada lima juta pada tahun hadapan.

“Penambahan tujuh pintu balai berlepas yang baharu siap di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai mampu menampung tambahan satu juta pengunjung ke Johor bakal dibuka seawal bulan depan,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Baca artikel berkaitan: Johor mohon pelaksanaan parkir bertingkat di Hospital Sultan Aminah – Onn Hafiz

Mengulas lanjut, Onn Hafiz memaklumkan, projek menaik taraf lapangan terbang fasa kedua akan bermula tahun hadapan.

Katanya, projek pembesaran dan menaiktaraf lapangan terbang itu adalah salah satu usaha menambah baik fasiliti serta meningkatkan kapasiti pengunjung di terminal lapangan antarabangsa itu.

“Insya-Allah, saya yakin dengan segala usaha dan perancangan yang dilaksanakan secara telus ini mampu menaikkan imej Johor sebagai negeri yang pesat membangun.

“Ia sekali gus merancakkan lagi sektor pelancongan di negeri ini,” jelasnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Parlimen dijangka dibubar selepas pembentangan Belanjawan – Penganalisis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka membubarkan Parlimen pada bulan November iaitu selepas pembentangan Belanjawan 2027, Oktober depan. Pengarah...

More Articles Like This