Bukan sekat kebebasan media, MCMC hanya tegakkan integriti maklumat

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menegaskan tindakan diambil terhadap beberapa portal berita sejak kebelakangan ini bukan untuk menyekat kebebasan media.

Sebaliknya, MCMC dalam kenyataan menjelaskan suruhanjaya itu hanya menjalankan tugas dengan menegakkan integriti maklumat di negara ini.

Menurut MCMC, langkah tersebut dilaksanakan bagi memastikan penyebaran maklumat dilakukan secara bertanggungjawab dan tanpa menyebarkan fitnah atau pun maklumat yang kurang tepat.

Sebagai badan kawal selia untuk industri komunikasi dan multimedia, MCMC menjelaskan hanya bertindak di bawah peruntukan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998).

“Salah satu Matlamat Dasar Kebangsaan MCMC ialah untuk memberikan perlindungan kepada rakyat Malaysia daripada kandungan dalam talian yang memudaratkan.

“Ia termasuk maklumat kurang tepat dan ucapan berbaur kebencian serta melindungi integriti Raja Berperlembagaan dan institusi demokrasi dengan penghormatan daripada sebarang percubaan untuk mencetuskan kebencian atau penghinaan.

“Salah satu tanggungjawab utama MCMC ialah untuk mencegah penyalahgunaan platform dalam talian untuk melakukan kesalahan di bawah undang-undang Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, MCMC menjelaskan terdapat peningkatan dalam pelaporan yang tidak bertanggungjawab dan tidak tepat.

Malah, katanya, beberapa saluran berita didapati dengan sengaja menyebarkan maklumat mengelirukan atau pun menerbitkan kandungan yang tidak tepat yang boleh mengancam keharmonian masyarakat.

Baca artikel berkaitan: Didakwa ibarat ‘abang besar’, MCMC pegang teguh Akta Komunikasi dan Multimedia 1998

“Untuk menangani isu-isu ini, MCMC mempunyai autoriti dan kewajipan untuk mengambil tindakan kawal selia terhadap penyebaran maklumat palsu, kandungan jelik dan mengancam.

“Suruhanjaya adalah terbuka untuk berdialog dan sering mengadakan sesi libat urus dengan editor kanan dan wartawan untuk menangani kebimbangan serta isu-isu berkaitan dengan kebebasan bersuara.

“MCMC berhasrat untuk bekerjasama dengan pihak media bagi memerangi peningkatan maklumat kurang tepat dan palsu yang berniat jahat,” katanya.

Terdahulu, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa, Reporters Without Borders (RSF) menggesa Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menghentikan sekatan terhadap laman web berita dalam talian.

RSF berkata demikian dalam kenyataan terbuka bertajuk ‘RSF denounces arbitrary suspension of news websites critical of the government‘.

“RSF sangat bimbang dengan gelombang sekatan ini oleh pihak berkuasa Malaysia, tanpa penjelasan atau dibawa ke mahkamah, terhadap laman web berita yang kritikal terhadap kerajaan,” kata Pengarah Biro Asia-Pasifik RSF, Cédric Alviani.

Sebelum ini, sekumpulan tokoh wartawan veteran membantah tindakan MCMC sejak akhir-akhir ini yang didakwa bertindak sebagai ‘abang besar’.

Kebimbangan itu diluahkan apabila MCMC dilihat sering memanggil pengamal media untuk memberi penjelasan mengenai kandungan yang dilaporkan menerusi portal berita dan laman dalam talian masing-masing.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Tan Sri Johan Jaaffar, Datuk A Kadir Jasin, Datuk Hussamuddin Yaacob, Datuk Seri Azman Ujang dan Datuk Dr Chamil Wariya.

Turut serta dalam kenyataan bersama itu ialah Datuk Yong Soo Heong, Datuk Zakaria Wahab dan Dr G Manimaran.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kanak-kanak maut selepas terjatuh ketika mandi di kediamannya

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh ketika mandi di bilik air kediamannya di Taman...

More Articles Like This