Tingkat kualiti hidup rakyat dengan gaji lebih baik antara fokus NIMP 2023 – Anwar

Dari Penulis

PELAN Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030), komponen utama Ekonomi MADANI antara lain akan memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan kualiti hidup rakyat dengan jangkaan limpahan hasil yang lebih tinggi daripada sasaran ekonomi negara, kata Datuk Seri Anwar ibrahim.

Perdana Menteri berkata, ia termasuk pekerjaan dengan gaji yang lebih baik dan perkongsian kekayaan untuk membina masyarakat yang lebih adil dan makmur.

“Pewujudan peluang pekerjaan bernilai tinggi ini penting untuk menaikkan dan memperluaskan masyarakat kelas pertengahan.

“Arah aliran mega global seperti peningkatan peranan teknologi Industri 4.0, perubahan iklim dan amalan kelestarian, anjakan demografi dan rantaian nilai globalisasi mengubah sifat pekerjaan,” kata Anwar semasa melancarkan NIMP 2030 hari ini.

NIMP 2030, yang mengambil pendekatan berasaskan misi yang jelas dan akan merangsang bukan sahaja keseluruhan ekosistem sektor pembuatan, tetapi juga seluruh negara untuk memacu transformasi perindustrian dan merealisasikan wawasan Malaysia.

Baca juga: PM jemput warga Johor hadir ‘Temu Anwar’ di UTM Skudai Ahad ini

Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata, transformasi kemahiran adalah kunci untuk membangunkan kecekapan masa depan dan ini telah ditetapkan sebagai fokus strategi perindustrian negara.

“Bagi memenuhi permintaan industri, kita akan melaksanakan sistem gaji progresif yang menggalakkan pembangunan kemahiran dan kemajuan kerjaya.

“Kerjasama awam-swasta akan dipertingkatkan dalam program TVET (Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional) dan STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik), memastikan pemerolehan kemahiran yang diperlukan oleh industri,” kata beliau.

Anwar berkata, kerajaan yakin strategi dalam NIMP 2030 akan membuahkan hasil yang bermakna dan memberi impak besar kepada ekonomi negara.

Dari segi pekerjaan, Perdana Menteri berkata, pertumbuhan pada 2.3 peratus diunjurkan dari 2023, menyediakan pendapatan untuk 3.3 juta orang pada 2030.

“Trajektori pekerjaan yang semakin meningkat dalam industri disebabkan pewujudan pekerjaan berkemahiran tinggi ketika negara maju ke arah aktiviti nilai tambah yang lebih tinggi dan peningkatan dalam automasi dan kemajuan teknologi,” kata beliau.

Beliau berkata, menerusi NIMP, gaji median atau penengah upah untuk sektor pembuatan dijangka naik 9.6 peratus, mencecah RM4,510 daripada RM1,976, yang di bawah purata kebangsaan walaupun peranan dominan sektor itu dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

“Peningkatan 128 peratus daripada 2021 ini didorong oleh peralihan industri ke arah aktiviti nilai tambah yang lebih tinggi dan pewujudan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi,” tambahnya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This