Calon PH di Pulai mahu jentera masuk ‘gear 5’

Dari Penulis

CALON Pakatan Harapan (PH), Suhaizan Kaiat mahu jentera parti memperhebatkan kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai ke ‘gear lima’.

Katanya, antara yang perlu diberi perhatian adalah mendekati golongan wanita terutama suri rumah yang dibebani isu kos sara hidup dengan menawarkan jalan penyelesaian melalui jualan Rahmah.

“Setakat ini, respons diterima amat memberangsangkan dan kini di peringkat yang makin mencabar. Jadi, Kita perlu terus semangat berkempen untuk mendapatkan sokongan tertinggi,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program Wanita Perpaduan Johor 2023 di Dewan Persatuan Cerebral Palsy, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Suhaizan berkata, strategi mengedar risalah terbaharu beliau dengan menggunakan logo Barisan Nasional (BN) berjaya meningkatkan kefahaman penyokong khususnya dari UMNO.

Baca artikel lain: PH-BN petisyen 4 kerusi DUN dalam masa terdekat – Amirudin

Katanya, bahan kempen mempamerkan logo dacing membantu penyokong BN memahami bahawa dirinya adalah calon yang disokong gabungan berkenaan pada PRK kali ini.

Menurutnya, sebelum ini ramai yang keliru memandangkan bahan kempen menggunakan logo PH sedangkan kempen yang dijalankan turut dihadiri jentera dan pemimpin UMNO dan BN.

“Pada awalnya kita berkempen menggunakan logo PH dan selepas itu barulah meletakkan logo dacing supaya ahli UMNO jelas selain merasakan BN adalah sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan.

“Kalau letak logo PH sahaja, nanti mereka tak nampak hubungan antara PH dan BN itu. Kita wujudkan warna biru di logo dacing kerana nak menggambarkan adanya muafakat di bawah Kerajaan Perpaduan,” katanya.

Suhaizan memberitahu, 20,000 risalah yang menggunakan BN itu sudah habis diedarkan sehingga kini.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Polis kesan lelaki ceroboh kawasan rumah di Taman Puchong Prima

POLIS sedang mengesan dan mengenal pasti seorang lelaki tidak dikenali yang disyaki telah menceroboh kawasan belakang sebuah rumah di...

More Articles Like This