SEORANG wanita berjaya dipujuk pihak bomba selepas cuba membunuh diri dengan mengacu pisau ke perut dalam kejadian di sebuah kediaman dekat Parit 7, Belah Laut, pagi tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Wan Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada pukul 7.52 pagi.
Beliau berkata, sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sekinchan dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Bomba tiba di lokasi dan menerima maklumat seorang wanita Melayu berusia 25 tahun berada di dalam tandas sejak semalam.
“Bomba mengambil masa 20 minit untuk memujuk mangsa sebelum dibawa keluar dalam keadaan selamat,” katanya dalam satu kenyataan.
Jelasnya, mangsa dipercayai bertindak sedemikian kerana mengalami masalah emosi dan sering kemurungan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

