Lelaki mabuk serang jiran guna pisau ditahan polis

Dari Penulis

SEORANG lelaki ditahan polis selepas menyerang jiran dengan mengunakan sebilah pisau di Kampung Kuala Garing Selatan, Rawang, pada pukul 7.29 malam, Jumaat lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pengadu seorang lelaki berusia 23 tahun mendakwa telah menerima panggilan telefon daripada kakaknya berusia 43 tahun mengatakan suspek berusia 42 tahun itu telah membuat bising.

Katanya, suspek mengeluarkan kata-kata kesat dan perbuatan itu telah ditegur kakak pengadu.

“Pengadu kemudian tiba di lokasi dan berlaku pertengkaran dengan suspek.

“Suspek kemudian mengambil sebilah pisau dan menyerang pengadu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, pengadu mengalami cedera pada jari tangan kiri serta kanan dan telah menerima rawatan di Hospital Selayang.

Noor Ariffin berkata, siasatan mendapati suspek berada di bawah pengaruh alkohol ketika kejadian.

“Suspek telah ditahan polis pada pukul 2.30 petang semalam di kediamannya bersama rampasan senjata tajam yang telah diubah suai,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Mahfuz dakwa Onn Hafiz kaitkan istana dengan politik

NAIB Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mahfuz Omar menegur tindakan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang mengaitkan...

More Articles Like This