Pelajar UPSI, UMT maut Myvi bertembung lori

Dari Penulis

Dua lelaki maut selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori di KM39.9, Jalan Muar-Tangkak,hari ini.

Ketua Polis Daerah Tangkak Supt Roslan Mohd Talib berkata, kemalangan pada 7.05 pagi itu menyebabkan pemandu Perodua Myvi, Muhammad Hazim Abd Halim, 25, dan penumpang Muhamad Fikri Amaludin, 24, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera pada muka dan kepala.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta jenis Perodua Myvi dari arah Tangkak itu terbabas dan memasuki laluan bertentangan.

“Pada masa sama, datang sebuah lori dari hadapan dan tidak sempat mengelak menyebabkan kedua-dua kenderaan itu bertembung,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Mengulas lanjut, mayat kedua-dua mangsa yang merupakan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim dan Universiti Malaysia Terengganu itu kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Daerah Tangkak.

Beliau berkata pemandu lori itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya kemalangan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

— BERNAMA

Wednesday, 06 September 2023

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

MCMC, PDRM tumpaskan sindiket kecurian peralatan telekomunikasi di Sarawak

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sarawak berjaya menumpaskan kegiatan penyimpanan peralatan telekomunikasi...

More Articles Like This