PERIKATAN Nasional (PN) berpeluang untuk memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram sekiranya peratusan pengundi Cina keluar mengundi rendah.
Penganalisis Data Nusantara Academy for Strategic Research (NASR), Azlan Musyabri berkata, beliau menjangkakan perkara itu terjadi berdasarkan analisis terhadap keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang lalu.
Berdasarkan analisis PRN Johor, beliau berkata, penurunan undi Pakatan Harapan (PH) yang amat signifikan adalah disebabkan oleh kadar turun mengundi dalam kalangan pengundi Cina yang sangat rendah.
“Dalam PRN Johor yang lalu, kadar turun mengundi pengundi Cina hanya 35.7 peratus di DUN Simpang Jeram dan 38.3 peratus di kedua-dua DUN di dalam Parlimen Pulai.
“Untuk PRK ini, jika trend keluar mengundi-pengundi adalah sama seperti PRN Johor, dan kebolehpindahan undi BN hanya 30 peratus (berdasarkan 30 peratus pindahan undi Barisan Nasional (BN) di kerusi Amanah di Negeri Sembilan).
“PN berpeluang untuk menawan Pulai dengan majoriti 2,979 undi dan juga Simpang Jeram dengan hanya majoriti tipis 26 undi, sepertimana yang berlaku di Taman Medan dan Gombak Setia di Selangor,” katanya dalam kenyataan.
Baca juga: PRK DUN Pelangai: BN, PN dijangka umum calon seminggu sebelum hari penamaan
Mengulas lanjut, Azlan berkata, senario tersebut boleh berubah dengan drastik jika berlaku sekurang-kurangnya lima peratus peningkatan peratusan keluar mengundi dalam kalangan pengundi Cina dan India.
Selain itu, beliau berkata, peningkatan kadar pindahan undi BN kepada koalisi kerajaan Madani PH-BN melebihi 30 peratus juga boleh mempengaruhi keputusan PRK di situ.
“PRN Johor pada Mac 2022 di Simpang Jeram, PH mendapat 8,749 undi, BN mendapat 6,062 undi, PN mendapat 6,350 undi dan Pejuang hanya mendapat 280 undi.
“Sementara itu, ketika Pilihan Raya Umum (PRU) pada November 2022, PH mendapat 13,982 undi, BN mendapat 6,795 undi, PN mendapat 8,083 undi dan Bebas hanya mendapat 941 undi.
“Manakala di Pulai, pada PRN Johor pada Mac 2022, apabila dijumlahkan undi di DUN Perling dan Kempas, PH mendapat 27,033 undi, BN mendapat 27,200 undi, PN mendapat 16,865 undi dan Pejuang mendapat 2,267 undi.
“Sementara itu, pada PRU yang lalu pula, PH mendapat 64,900 undi, BN mendapat 31,726 undi dan PN mendapat 20,677 undi,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

