Dua individu rentung kereta bertembung lori kontena

Dari Penulis

Dua individu rentung apabila kereta dinaiki mereka terbakar selepas bertembung dengan sebuah lori kontena di Jalan Kuala Garing, Rawang, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Rawang dikerahkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada 3.53 pagi.

Beliau berkata setibanya di lokasi, pasukan bomba mendapati dua mangsa yang rentung melibatkan seorang lelaki dan seorang wanita tempatan masing-masing berusia 26 dan 23 tahun.

“Kebakaran itu melibatkan kereta jenis Honda City yang terbakar 70 peratus manakala lori kontena terbakar 50 peratus,” katanya dalam kenyataan.

Ahmad Mukhlis berkata pemandu lori kontena itu selamat selepas sempat keluar dari kenderaan tersebut.

— BERNAMA

Thursday , 07 September 2023

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

KKR teliti nasib kontraktor kecil Bumiputera – Nanta

KEMENTERIAN Kerja Raya (KKR) akan meneliti kebimbangan yang dibangkitkan kontraktor kecil Bumiputera berhubung peluang projek dan cadangan kenaikan gred...

More Articles Like This