Tiga beranak ditemui meninggal dunia dipercayai bunuh diri

Dari Penulis

TIGA beranak ditemui maut dipercayai bunuh diri di sebuah kediaman dekat Jalan 3, Kampung Baru Ampang, awal pagi tadi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian daripada seorang lelaki Cina pada pukul 7.31 pagi.

Beliau berkata, pemeriksaan mendapati dua wanita dan seorang lelaki masing-masing berusia 14, 15 dan 42 tahun ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian.

“Turut ditemui satu sampul berisi surat wasiat dan wang.

“Pasukan forensik mendapati keseluruhan ruang pintu dan tingkap bilik pertama telah ditutup rapat dengan menggunakan pita pelekat bertujuan bagi menghalang udara masuk dari bilik tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, siasatan telah menemui satu bekas berisi penyala api dan arang yang diletakkan di bawah sofa.

Hussein berkata, polis percaya kejadian ini adalah satu kes bunuh diri dan tempoh kematian telah melebihi 24 jam.

Siasatan kini diteruskan bagi mengenal pasti motif dan unsur jenayah.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PKFZ raih pelaburan RM566 juta, muncul hab logistik pintar – Loke

ZON Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) terus mengukuhkan kedudukannya sebagai hab perdagangan dan logistik serantau apabila berjaya menarik pelaburan terkumpul...

More Articles Like This