LIMA lelaki ditahan selepas bergaduh di hadapan sebuah rumah dekat Jalan Tepi Sungai, Klang pada 6 petang kelmarin.
Video penuh klik link di bawah.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian daripada pengadu seorang lelaki berusia 57 tahun pada pukul 9.33 malam.
Beliau berkata, dalam kejadian pukul 6 petang, pengadu yang sedang berjalan kaki ke rumah mendapati jirannya telah memanggilnya dengan cara kasar.
“Pengadu yang tidak berpuas hati telah menegur tindakan jirannya sehingga berlaku pertelingkahan mulut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, pengadu telah memanggil rakannya untuk meminta bantuan dan dalam masa yang sama ahli keluarga pengadu juga telah tiba di hadapan rumah.
Katanya, beberapa lelaki didapati tiba di lokasi kejadian dan memukul pengadu serta ahli keluarga yang berada di halaman rumah.
“Suspek juga telah membaling batu ke arah pengadu dan ahli keluarga.
“Ketika kejadian, suspek juga dipercayai menggunakan senjata tajam yang boleh mendatangkan kecederaan,” ujarnya.
Hoong Fong berkata, pengadu telah mengalami cedera luka di cuping telinga kanan manakala anaknya cedera di lengan tangan kanan, pipi kiri serta dada.
Sementara saudara pengadu mengalami cedera luka di pipi kiri serta lengan tangan kanan.
Beliau berkata, lima suspek berusia 25 hingga 52 tahun ditahan polis pada pukul 10.50 pagi tadi.
“Semakan mendapati tiga suspek mempunyai empat rekod jenayah manakala dua lagi tidak mempunyai rekod,” ujarnya.
Hoong Fong berkata, reman akan dipohon di Mahkamah Majistret Klang pada esok dan kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

