Tiga beregu negara mara ke separuh akhir Terbuka China

Dari Penulis

TIGA beregu negara berhasil menempah slot separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka China 2023, selepas menumpaskan lawan masing-masing di Gimnasium Pusat Sukan Olimpik di Changzhou, hari ini.

Pada aksi suku akhir hari ini, pasangan beregu campuran Chen Tang Jie-Toh Ee Wei bagaimanapun terpaksa berhempas pulas selama 55 minit sebelum berjaya menumpaskan pasangan Taiwan Ye Hong Wei-Lee Chia Hsin, 21-15, 13-21 dan 21-16.

Juara Terbuka Taiwan 2023 itu akan membuat perhitungan bersama pilihan kelapan kejohanan Thom Gicquel-Delphine Delrue dari Perancis, esok.

Turut mengiringi mereka ialah Tan Kian Meng-Lai Pei Jing yang melakar kejutan menewaskan pilihan keempat kejohanan Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai dari Thailand menerusi perlawanan straight set 21-18 dan 21-19.

Kian Meng-Pei Jing yang menghuni ranking ke-23 dunia akan bertemu pasangan Korea Selatan Seo Seung Jae- Chae Yu Jung, yang juga pilihan kelima kejohanan pada pusingan separuh akhir esok.

Sementara itu, juara beregu lelaki dunia 2022, Aaron Chia-Soh Wooi Yik mengesahkan tempat ke separuh akhir dengan bangkit daripada ketinggalan menundukkan rakan senegara dan juga gandingan profesional, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi 19-21, 21-19, 21-11.

Esok, Aaron-Wooi Yik, selaku pilihan keempat kejohanan, berpeluang membalas dendam kekalahan 21-23, 13-21, di tangan pasangan Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae pada separuh akhir Kejohanan Dunia 2023 di Copenhagen bulan lepas, sekiranya juara dunia baharu itu menyingkirkan wakil Indonesia, Muhammad Shohibul Fikri-Bagas Maulana dalam satu lagi aksi suku akhir hari ini.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Isu pemain naturalisasi: FAM sedang perkukuh aspek tadbir urus

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) sedang memperkukuh aspek tadbir urus, bertujuan untuk meningkatkan lagi tahap integriti dan kredibiliti bola sepak...

More Articles Like This