Tolak jumlah jaringan, yang penting menang – Tierney

Dari Penulis

“TOLAK tepi jumlah jaringan, skuad Harimau Muda perlu menang dalam perlawanan seterusnya.” Itu permintaan penyerang skuad bola sepak Harimau Muda, Fergus Tierney menjelang aksi kedua pusingan Kelayakan Piala Asia B-23 2024 di Thailand menentang Filipina esok.

Menurut beliau, bukan bilangan jaringan yang menjadi keutamaan skuad kendalian E. Elavarasan itu, sebaliknya keputusan membawa pulang tiga mata penuh sekali lagi pada saingan berkenaan.

“Sekarang, kami sedang berlatih untuk menentang Filipina dan akan cuba dapatkan tiga mata penuh. Saya tak fikir sangat tentang berapa banyak akan kita jaringkan tapi saya fikir untuk menang. 

“Satu kosong atau lima kosong bagi saya tetap sama dan saya percaya dengan pasukan ini,” katanya menerusi audio dikongsikan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kepada media hari ini.

Rabu lepas, skuad B-23 negara bermula dengan langkah kanan apabila menewaskan Bangladesh 2-0 pada aksi pertama pusingan kelayakan itu.

BERITA BERKAITAN Luqman Hakim, Nooa Laine perkuat Harimau Muda hadapi kelayakan Piala Asia B-23

Malaysia yang diundi dalam Kumpulan H bersama-sama Filipina seterusnya akan mengharungi aksi terakhir berdepan tuan rumah Thailand (12 Sept) di Stadium Chonburi.

Hanya juara setiap kumpulan dan empat naib juara terbaik akan layak ke pusingan akhir Piala Asia B-23 2024.

Malaysia layak ke Piala Asia B-23 untuk kali pertama pada 2018 di China dan berjaya melangkah ke suku akhir sebelum tewas di peringkat kumpulan pada edisi 2022 yang berlangsung di Uzbekistan.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gyokeres, Isak bantu Sweden benam Tunisia 5-1

GANDINGAN penggempur berbisa, Alexander Isak dan Viktor Gyokeres membantu Sweden menewaskan Tunisia 5-1 dalam perlawanan pertama Kumpulan F, sebentar...

More Articles Like This