KEMENANGAN calon kerjasama Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil (PRK) perlu diterjemahkan oleh Kerajaan Perpaduan dengan melipatgandakan usaha membantu rakyat.
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said dalam kenyataan berkata, ini termasuk dalam isu komuniti, ekonomi dan kehidupan yang didepani dewasa ini.
Beliau pada masa sama berterima kasih kepada kepimpinan khususnya Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan pengundi yang memberi sokongan sehingga mewajarkan kemenangan berpihak kepada calon kerajaan.
“Terima kasih kepada pengundi di Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram kerana memberikan sokongan di kotak undi bagi dua calon PH-BN, Suhaizan Kayat dan Ir Haji Nazri Abdul Rahman. Tahniah buat kedua-dua calon ini.
“PH-BN Johor telah berjaya lalui ujian ketiga ini atas landasan perpaduan kerana apa yang dicanangkan dan dilaksanakan di peringkat Kerajaan Pusat bukan sekadar retorik.
“Kemenangan ini bererti BN Johor telah berjaya menterjemahkan aspirasi perpaduan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Perpaduan Madani,” katanya, hari ini.
Baca artikel lain: KP JPJ wajar anggotai pasukan petugas khas siasat isu nombor plat klasik
PH mengekalkan status quo di kerusi Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram selepas calon yang dipertaruhkan menang dengan majoriti selesa pada PRK.
Suhaizan Kaiat dan Nazri Abdul Rahman, kedua-duanya daripada Amanah, menewaskan saingan masing-masing dalam pertandingan tiga penjuru dengan memperolehi 18,641 dan 3,514 majoriti undi.
Di Pulai, Suhaizan mendapat 48,283 undi, mengalahkan calon Perikatan Nasional (PN) Zulkifli Jaafar yang memperolehi 29,642 undi, manakala calon Bebas Samsudin Mohamad Fauzi hanya mendapat 528 undi.
Sementara di kerusi Simpang Jeram, bekas jurutera di Majlis Perbandaran Muar itu memperolehi 13,844 undi, menewaskan calon PN Dr Mohd Mazri Yahya yang mendapat 10,330 undi dan calon Bebas S. Jeganathan (311 undi).
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

