Remaja maut di LPT2 selepas motosikal ditunggang hilang kawalan

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

SEORANG remaja maut selepas terlibat dalam satu kemalangan di kilometer 282.8 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) menghala ke Kuantan berhampiran Pasir Gajah, Kemaman, Terengganu, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, mangsa dikenali sebagai Muhammad Faris Adham Khairul Azrin, 20, berasal dari Taman Cenderawasih, Kuantan, Pahang.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika motosikal ditunggangi mangsa hilang kawalan dan telah bergesel penghadang besi pembahagi tengah jalan.

Baca artikel lain: Ahmad Zahid Presiden UMNO pertama dalam sejarah hadir persidangan DAP

“Mayat mangsa telah terseret sejauh 80.8 meter dipercayai dilanggar oleh beberapa buah kenderaan selepas kemalangan berlaku,” katanya dalam kenyataan, hari ini,

Ekoran daripada itu, kata Hanyan, mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dibawa ke Unit Forensik, Hospital Kemaman untuk urusan bedah siasat bagi pengesahaan punca kematian.

Katanya lagi, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anwar mohon maaf tak dapat hadir majlis penghormatan terakhir Ayatollah Ali Khamenei

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Iran atas pemergian Allahyarham...

More Articles Like This