Ahmad Zahid Presiden UMNO pertama dalam sejarah hadir persidangan DAP

Dari Penulis

PERSIDANGAN DAP 2023 mencipta sejarah apabila kali pertama dihadiri oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selepas puluhan tahun kedua-dua parti menjadi seteru politik.

Beliau hadir bersama Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Berita Harian melaporkan, kehadiran Timbalan Perdana Menteri ke persidangan itu adalah sebagai tetamu kehormat susulan penubuhan Kerajaan Perpaduan pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Selain Ahmad Zahid, Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Seri Mohamad Sabu dan Naib Presiden PKR, Datuk Seri Amirudin Shari turut hadir pada persidangan berkenaan.

Baca artikel lain: Gempa bumi Maghribi: Zambry akan hubungi rakan sejawat, tawar bentuk bantuan

Sejak UMNO ditubuhkan pada 11 Mei 1946 manakala DAP pada 1966, kedua-dua parti itu tidak pernah menjalin kerjasama politik selama lebih tujuh dekad.

Bagaimanapun, pasca PRU-15 menyaksikan tembok permusuhan itu runtuh selepas UMNO menyertai 18 parti politik lain bagi membentuk Kerajaan Perpaduan.

Langkah itu diambil selepas tiada mana-mana gabungan parti politik boleh menubuhkan kerajaan secara bersendirian kerana gagal memperoleh majoriti mudah dalam Dewan Rakyat.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anggota MALBATT 850-13 bertugas di Selatan Lubnan selamat – ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa seluruh anggota MALBATT 850-13 yang sedang bertugas di Selatan Lubnan berada dalam keadaan...

More Articles Like This