Pasukan khas ditubuh percepat usaha asing peranan Peguam Negara, Pendakwa Raya

Dari Penulis

MESYUARAT pertama untuk meneliti agenda pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya hari ini bersetuju menubuhkan dua pasukan petugas khas bagi mempercepat usaha reformasi itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institut), Datuk Seri Azalina Othman Said.

Beliau yang mempengerusikan mesyuarat berkenaan berkata Pasukan Petugas Khas Kajian Komparatif yang dicadangkan akan menjalankan kajian berdasarkan keterangan di beberapa negara seperti England, Australia, Kanada dan Kenya bagi mendapatkan maklumat lanjut yang tidak dapat diakses melalui data terbuka kajian amalan terbaik global.

Menurut Azalina, pasukan itu terdiri daripada beliau sendiri serta wakil Jawatankuasa Pilihan Khas Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi, wakil blok pembangkang, Jabatan Peguam Negara (AGC) dan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU).

“Pasukan Petugas Khas Teknikal yang dicadangkan dikendalikan sepenuhnya oleh AGC dan BHEUU untuk meneliti secara komprehensif mengenai implikasi perundangan, perjawatan dan kewangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata Pasukan Petugas Khas Teknikal akan menyediakan Laporan Interim dalam tempoh setahun mengenai Kajian Empirikal Komprehensif Pengasingan Peranan Pendakwa Raya dan Peguam Negara termasuk mengambil kira hasil kajian berdasarkan keterangan dan pembentangan hasil Kajian Empirikal untuk pertimbangan Jemaah Menteri.

Baca artikel berkaitan: Kemenangan PRK perlu diterjemah dengan lipat ganda usaha bantu rakyat – Azalina

Azalina berkata sesi libat urus dan perbincangan bersama pihak berkepentingan seperti Polis Diraja Malaysia, agensi penguatkuasaan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia akan diadakan oleh Pasukan Petugas Khas Teknikal dalam masa terdekat.

“Agenda reformasi ini penting bagi memastikan tadbir urus demokratik yang lebih mantap dan meningkatkan pentadbiran undang-undang selaras dengan komitmen Kerajaan Perpaduan dalam memastikan pentadbiran, sistem perundangan dan tata kelola yang baik,” katanya.

Menurut Azalina kerajaan MADANI kekal komited dalam melaksanakan usaha reformasi pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya dalam memastikan tadbir urus demokratik yang lebih mantap dan meningkatkan pentadbiran undang-undang.

Beliau berkata pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya akan melibatkan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang sedia ada serta peraturan-peraturan berkaitan selain membawa implikasi kewangan dan perjawatan yang besar kepada kerajaan.

Azalina berkata mesyuarat hari ini turut membincangkan terma rujukan dan cabaran yang dihadapi dalam melaksanakan usaha reformasi tersebut.

“Hasil perbincangan akan dimaklumkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang akan datang bagi pertimbangan selanjutnya,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This