Pukul pekerja restoran kerana hutang, penagih dadah diberkas polis

Dari Penulis

SEORANG penagih dadah ditahan selepas bertindak memukul seorang pekerja restoran di hadapan sebuah premis dekat Lorong Pandan Pertama 5, Ampang, pukul 6 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, kejadian berlaku ketika mangsa seorang lelaki warga asing berusia 34 tahun sedang melepak di bengkel motosikal sebelum dipanggil oleh suspek.

Beliau berkata, suspek secara tiba-tiba membaling rantai besi bersama mangga ke arah mangsa dan cuba memukul kepala mangsa.

“Suspek juga bertindak menarik mangsa dan mengacukan pisau tetapi sempat ditahan oleh pekerja restoran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, pemeriksaan mendapati kejadian berpunca selepas mangsa bertanya kepada suspek mengenai bayaran hutang yang belum dibayar.

Katanya, mangsa mengalami bengkak pada jari telunjuk kiri serta jari kelingking kanan dan telah menerima rawatan di Hospital Ampang.

“Suspek seorang lelaki berusia 41 tahun telah ditahan polis pada pukul 6.01 petang,” ujarnya.

Mohd Azam berkata, semakan mendapati suspek mempunyai empat rekod jenayah dan ujian air kencing positif dadah jenis benzo.

Turut dirampas seutas rantai besi berukuran 44 inci dan pisau pemotong daging.

Suspek kini direman selama empat hari sehingga Sabtu dan kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Mahfuz dakwa Onn Hafiz kaitkan istana dengan politik

NAIB Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mahfuz Omar menegur tindakan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang mengaitkan...

More Articles Like This