‘Saya sendiri lihat 11 ‘tumbang’, Johari wajibkan ahli Parlimen jalani pemeriksaan kesihatan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

“SAYA sendiri telah melihat 11 ahli Parlimen ‘tumbang’ dalam masa 15 tahun.”

Demikian kata Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul ketika mempengerusikan Sidang Khas perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12), hari ini.

Mengambil teladan daripada kejadian ahli Parlimen ‘tumbang’ itu, Johari mewajibkan kesemua 222 wakil rakyat menjalani pemeriksaan kesihatan.

Beliau turut berharap semua Ahli Parlimen memandang serius perkara tersebut dengan melaksanakan pemeriksaan kesihatan walaupun sibuk dengan tugasan.

“Saya amat prihatin dan mengambil berat terhadap tahap kesihatan yang melibatkan ahli-ahli Yang Berhormat di dalam dan luar Dewan Rakyat. Malahan, terdapat kes yang telah menyebabkan kematian.

Baca artikel lain: Isu beras perlu ditangani segera – Ahli Parlimen

“Saya telah menyarankan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) supaya pemeriksaan kesihatan secara tetap perlu dibaut ke atas semua ahli-ahli Dewan Rakyat.

“Ia bagi memastikan pemantauan kesihatan yang berterusan dibaut demi memastikan tahap kesihatan yang baik,” katanya.

Mengulas lanjut, Johari memaklumkan surat bagi menjalani pemeriksaan kesihatan itu telah pun diedarkan kepada semua ahli Parlimen, semalam.

“Pemeriksaan kesihatan ini akan dilaksanakan di klinik kesihatan Parlimen atau di klinik kesihatan atau fasiliti swasta seperti yang diperincikan dalam surat tersebut.

“Untuk makluman, pemeriksaan kesihatan ini wajib dijalani oleh semua ahli Yang Berhormat dan tarikh akhir untuk ahli Yang Berhormat menjalankan pemeriksaan kesihatan adalah pada Selasa, 31 Oktober 2023,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This