NADI perkasa tahap sosioekonomi rakyat di Ijok

Dari Penulis

PENGANJURAN Program Hari Bersama Komuniti (HBK) di NADI Pekan Ijok yang dirasmikan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dr. Johari Abdul hari ini menyaksikan sokongan padu masyarakat berbilang kaum terhadap inisiatif kerajaan dalam memperkasa komuniti digital di peringkat akar umbi.

Johari berkata, kehadiran masyarakat pelbagai latar belakang pada program HBK membuktikan NADI diterima sebagai pusat komuniti terbuka yang menyediakan ruang pembelajaran, kesihatan serta peluang sosioekonomi untuk semua.

Menurut beliau, NADI kini bukan sekadar pusat Internet, tetapi telah berkembang menjadi hab komuniti yang inklusif untuk semua golongan baik para pelajar, belia, usahawan, ibu bapa mahupun warga emas untuk memperoleh ilmu, meningkatkan kemahiran dan memperkasa kesejahteraan kendiri. 

“Usaha ini juga adalah seiring dengan peranan NADI sebagai hab komuniti untuk mendapatkan maklumat yang tepat, sahih dan terkini,” jelasnya.

Program HBK di NADI Pekan Ijok turut memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk mendapatkan maklumat serta menyertai pelbagai aktiviti, antaranya pameran usahawan NADI, demonstrasi pertanian pintar, pendaftaran keahlian, saringan kesihatan percuma serta aktiviti Perkhidmatan Pintar yang disediakan untuk semua peringkat umur.

Sementara itu, NADI yang didirikan di seluruh negara boleh bertindak sebagai platform berkesan dalam memberi pendedahan mengenai proses demokrasi kepada rakyat jelata. 

Melalui kerjasama ini, NADI boleh dijadikan pusat rujukan bagi Program Sekolah Parlimen dan Parlimen Belia, yang berperanan untuk melatih generasi muda dalam kepimpinan dan pemahaman demokrasi.

Sehingga kini, sebanyak 1,099 buah NADI telah beroperasi di seluruh negara, termasuk 84 buah di negeri Selangor dengan lebih 122,653 ahli berdaftar. 

Angka ini membuktikan penerimaan positif masyarakat terhadap peranan NADI dalam merapatkan jurang digital, pengetahuan dan sosioekonomi.

Impak NADI kepada komuniti setempat turut terserlah apabila inisiatif NADI baru-baru ini telah berjaya meraih World Summit on the Information Society (WSIS) Prizes 2025 di Geneva dalam kategori Capacity Building pada Julai 2025 lalu.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Inisiatif Smart Lane kurangkan kesesakan trafik sehingga 50 peratus

INISIATIF Smart Lane secara keseluruhannya telah menunjukkan keberkesanan yang tinggi dan berjaya mengurangkan kadar kesesakan trafik antara 30 hingga...

More Articles Like This