SESI Sidang Dewan Rakyat yang sepatutnya bermula dengan Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri yang sepatutnya dijawab Perdana Menteri hari ini diubah ke tarikh lain kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dititah ke Istana Negara.
Perkara itu dimaklumkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul ketika memulakan Sidang Dewan Rakyat, pagi ini.
Menurut Johari, Perdana Menteri sepatutnya menjawab soalan yang telah dikemukakan Datuk Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) dan Datuk Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid Tanah).
Namun begitu, beliau tidak mengulas lanjut sebab Perdana Menteri dititah untuk hadir ke Istana Negara.
“Hari ini sepatutnya kita ada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri dengan dua soalan telah dikemukakan oleh (Ahli Parlimen) Paya Besar dan Masjid Tanah.
“Namun saya difahamkan bahawa Perdana Menteri tidak dapat hadir pagi ini kerana dititah oleh Majlis Raja-Raja untuk berada di Istana Negara pada jam 10 pagi,” katanya.
Baca artikel lain: Lawatan Shehbaz buka lembaran baharu kerjasama strategik Malaysia-Pakistan – PM
Susulan perubahan berkenaan, Johari memaklumkan, sidang pada hari ini dimulakan dengan sesi Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan lebih awal daripada jadual asal.
Bagaimanapun, beliau memberi jaminan bahawa dua soalan yang dikemukakan Mohd Shahar dan Mas Ermieyati itu akan dijawab semula oleh Perdana Menteri pada tarikh lain.
“Saya akan sesuaikan satu tarikh lain untuk soalan daripada Paya Besar dan Masjid Tanah, tanpa perlu dimasukkan semula ke dalam senarai soalan,” jelasnya.
Mengikut Aturan Urusan Mesyuarat, Mohd Shahar meminta Perdana Menteri menyatakan pendirian kerajaan terhadap pelan damai yang dikemukakan oleh Presiden Amerika Syarikat berhubung konflik Palestin-Israel serta sejauh mana pelan tersebut selaras dengan prinsip dan usaha Malaysia dalam memperjuangkan hak rakyat Palestin serta kedaulatan negara mereka.
Mas Ermieyati pula mahu Perdana Menteri menyatakan tahap persediaan kerajaan bagi menjayakan Tahun Melawat Malaysia 2026, khususnya dari segi promosi antarabangsa, penglibatan kerajaan negeri, dan sama ada perbelanjaan dibuat berasaskan prinsip ‘value for money’, serta sama ada akan diadakan satu pelancaran besar-besaran pada 31 Disember 2025 seperti amalan sebelum ini.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

