KESEMUA wakil rakyat diseru supaya meminda Perlembagaan negara sebelum peruntukan yang terdapat di dalam jenayah Syariah dicabar dan dibatalkan kelak.
Seruan dibuat oleh Presiden Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Lukman Sheriff Alias dan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muhammad Faisal Abdul Aziz sebagai menjunjung titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah
Ini susulan kekhuatiran Sultan Sharafuddin terhadap kes-kes mahkamah mencabar kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) menggubal undang-undang Islam di bawah enakmen negeri dan bidang kuasa Mahkamah Syariah.
PEMBELA dan ABIM dalam satu kenyataan bersama menegaskan, seruan perlu dilaksanakan segera bagi mengelak sebarang kesan yang tidak dijangka berlaku.
Pada masa sama, mereka turut menggesa, kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Khas bagi menyelesaikan kemelut tekanan ke atas bidang kuasa DUN dalam menggubal peruntukan berkaitan dengan kesalahan jenayah Syariah.
“Kami menaruh keyakinan Perdana Menteri bersama Kerajaan Madani berikutan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku untuk menyelesaikan polemik dan tekanan ke atas isu kepentingan Syariah dalam tempoh terdekat,” katanya.
Baca artikel lain: Hari Malaysia jadi renungan pentingnya perpaduan bawa kejayaan negara
Sebelum ini, Sultan Sharafuddin menzahirkan, kebimbangan terhadap trend kes yang menggambarkan kedudukan enakmen negeri melibatkan kesalahan jenayah Syariah semakin tercabar dan menjejaskan bidang kuasa Mahkamah Syariah.
Oleh itu bagi tuanku, penyelesaian hanya boleh dibuat melalui tindakan Legislatif dengan membuat pindaan tertentu kepada peruntukan undang-undang yang berkaitan.
Ini bagi membolehkan kuasa yang lebih luas kepada DUN dalam menggubal peruntukan berkenaan dengan kesalahan jenayah Syariah bagi orang Islam.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

