Rakyat perlu bersedia hadapi apa jua kemungkinan, berhati-hati berbelanja – Sultan Selangor

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

RAKYAT diseru supaya bersedia menghadapi apa jua kemungkinan yang bakal tiba termasuk berhati-hati dalam berbelanja susulan konflik yang berlaku di peringkat global.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, langkah tersebut penting ke arah mendepani sebarang ketidaktentuan khususnya impak kepada ekonomi.

Titah Sultan Sharafuddin, baginda mengambil maklum tentang perkembangan semasa di peringkat global khususnya konflik dan peperangan yang berlaku melibatkan Amerika Syarikat (AS), Eropah dan Asia Barat yang memberi kesan besar kepada umat Islam di seluruh dunia.

“Beta menyeru agar setiap rakyat bersedia dengan apa jua kemungkinan termasuk berhati-hati dalam berbelanja, bak kata pepatah, ‘sediakan payung sebelum hujan’.

“Kita seharusnya bersyukur dengan segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT, namun kita tidak boleh leka dan lalai,” titah Sultan Sharafuddin dalam perutusan sempena Aidilfitri 1447 Hijrah.

Umat Islam perlu terus kukuh kesatuan, perpaduan

Sementara itu, Sultan Sharafuddin turut bertitah mahu umat Islam terus mengukuhkan kesatuan dan perpaduan.

Pada masa sama, baginda juga mahu umat Islam mengelakkan sebarang pertelingkahan dan perbalahan sesama sendiri.

Baginda juga berharap semua pihak daripada peringkat pemimpin, ahli politik hingga rakyat biasa, memberikan tumpuan kepada usaha membangunkan negeri dan memakmurkan negara.

“Beta dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah dengan limpah kurniaNya dapat kita menyambut Hari Raya Aidilfitri 1447 Hijrah dalam suasana yang aman dan sentosa di Selangor ini.

“Setelah sebulan umat Islam menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadan yang penuh keberkatan, tibalah Syawal yang diraikan dengan penuh rasa syukur, kegembiraan serta semangat ukhuwah.

“Kita seharusnya bersyukur dengan segala nikmat dikurniakan Allah namun kita tidak boleh leka dan lalai…jadikan apa yang berlaku di luar sana sebagai pedoman dan pengajaran,” titah baginda.

Menerusi perutusan itu, Sultan Sharafuddin turut menzahirkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan maaf zahir serta batin kepada seluruh rakyat di Selangor khususnya, dan Malaysia amnya.

Baginda turut berharap agar sambutan Aidilfitri membawa keberkatan, kebahagiaan serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This