Lelaki baling botol kaca berisi cecair mudah terbakar ditahan polis

Dari Penulis

SEORANG lelaki ditahan selepas terlibat dalam kejadian membaling botol kaca berisi cecair mudah terbakar ke arah pengawal keselamatan sehingga mendatangkan kecederaan parah.

Video penuh klik link di bawah.

https://t.me/infoutusantv/611

Kejadian berlaku di sebuah gudang dekat Taman Perindustrian Air Hitam, Klang pada 4.20 pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, kejadian berlaku ketika mangsa seorang lelaki tempatan berusia 25 tahun tertidur semasa bertugas di dalam pos pengawal.

Beliau berkata, mangsa terjaga dan mendapati terdapat kebakaran di dalam pos pengawal lalu bertindak menyelamatkan diri.

“Akibat kejadian itu, mangsa mengalami lecur di muka dan kedua-dua tangan.

“Mangsa kemudian menghubungi rakan sekerja sebelum dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang bagi menerima rawatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, mangsa kini dalam keadaan stabil namun masih memerlukan rawatan lanjut.

Katanya, pemeriksaan kamera litar tertutup mendapati dua suspek yang menaiki motosikal telah berhenti di hadapan pagar gudang.

“Pembonceng kemudian turun dan membaling empat botol kaca ke arah pos pengawal.

“Setelah mendapati botol kaca terkena pada pos pengawal dan api mula marak, kedua-dua suspek dilihat melarikan diri,” ujarnya.

Hoong Fong berkata, unit forensik telah tiba ke lokasi kejadian dan mengambil beberapa sampel bagi membantu siasatan.

Bertindak atas maklumat, seorang lelaki berusia 39 tahun telah ditahan pada pukul 3 petang semalam bagi membantu siasatan.

Semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod lampau jenayah dan kini direman sehingga sabtu.

Motif kejadian dan suspek yang terlibat masih dalam siasatan dan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anwar menghadap TMJ dalam suasana mesra, harmoni

PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara, hari ini. Menurut...

More Articles Like This