Tiada rakyat Malaysia terjejas pasca Taufan Daniel di Libya

Dari Penulis

KEMENTERIAN Luar (Wisma Putra) mengesahkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas akibat banjir yang melanda wilayah timur Libya setakat hari ini.

Kementerian dalam satu kenyataan pada Khamis memaklumkan dua rakyat Malaysia yang berada di Marsa El Brega telah dapat dihubungi dan disahkan selamat.

Kementerian juga sedang memantau perkembangan pasca Taufan Daniel yang melanda wilayah itu pada Ahad lepas.

Ribut yang dahsyat itu telah menyebabkan dua empangan di bandar Derna pecah, lalu mengakibatkan banjir besar yang mengorbankan nyawa lebih 8,000 nyawa, manakala 10,000 lain masih hilang.

Korban banjir dijangka terus meningkat mengambil kira usaha-usaha mencari dan menyelamat masih sedang giat dijalankan.

Baca artikel berkaitan: Wisma Putra sahkan rakyat Malaysia ditahan di Norway

“Malaysia menzahirkan rasa simpati yang mendalam dan mengucapkan takziah kepada semua mangsa dan keluarga yang terjejas akibat Taufan Daniel,” menurut kenyataan itu.

Susulan penutupan sementara Kedutaan Besar Malaysia di Libya sejak 2014, warganegara Malaysia di Libya yang memerlukan khidmat nasihat berkaitan boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah beralamat Dewan Malaysia Abbasiyah Kaherah (DMAK), No. 26, Sabeel Al Khazhindar Street Abbasiyah, Kaherah, Mesir dan menghubungi talian berikut di (+2 ) 012 0027 6388 (pegawai bertugas) atau Tel: +202 4858677 dan +202 4829449 atau e-mel: [email protected].

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kempen makin panas, billboard calon PH dirosakkan pihak tertentu – Nie Ching

KEHANGATAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin terasa apabila beberapa insiden sabotaj terhadap kempen calon Pakatan Harapan (PH) dilaporkan...

More Articles Like This