PM Libya mahu Malaysia buka kedutaan di Tripoli segera, eratkan hubungan negara – MPM

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

PERDANA Menteri Libya, Abdulhamid al-Dbeibah memohon agar kerajaan Malaysia dapat membuka kedutaan besar di negara itu dengan segera bagi membolehkan kedua-dua buah negara menjalinkan kerjasama lebih erat.

Permohonan itu disampaikan kepada Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu (MPM), Datuk Dr Hasan Mad yang melakukan lawatan kerja ke negara itu pada 2 Disember lalu.

“Ini memandangkan begitu banyak kerjasama dirancang untuk dilaksanakan, termasuklah penempatan 5,000 pelajar mereka melanjutkan pengajian ke luar negara dengan pilihan utama ke Malaysia,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Delegasi MPM turut disertai Ketua Sekretariatnya, Datuk Faridah A Jabbar; Pengerusi UPM Holdings, Datuk Dr Mohd Fauzi Ramlan; Pengerusi Kluster Aviation @ MPM, Datuk Mustiran Abd Kadir dan Pengarah Akademi MPM, Noridayu Jabbar.

Hasan berkata, MPM terbang ke Libya bagi memenuhi jemputan National Economic & Social Development Board, Libya (NESDB) dalam memperkukuhkan kerjasama selain mengatur pelan tindakan di antara mereka.

Namun setiba di sana, katanya, banyak pihak di Libya mengetahui kehadiran MPM lantas mendesak NESDB untuk mengaturkan pertemuan dengan mereka.

Baca artikel lain: Isu godam data Perkeso: Beri ruang bagi siasatan forensik dalaman – Sivakumar

“Dalam masa lima hari itu dari Ahad, 3 hingga Khamis 7 Disember, kami diaturkan bertemu dengn pelbagai pihak, termasuk pertemuan lebih 30 minit dengan Perdana Menteri Libya.

“Lain-lain pertemuan dan mesyuarat termasuklah dengan Menteri Hal Ehwal Sosial, Timbalan Menteri Kementerian Pengajian Tinggi, wakil dari tujuh kementerian dan Pejabat Perdana Menteri,” katanya lagi.

Di hari penutup lawatan kerja, MPM menyuarakan komitmen bekerjasama dengan Libya yang diselaraskan oleh NESDB dalam 13 inisiaif termasuk kerjasama dua hala dalam bidang pendidikan dan latihan.

“Atas syor Perdana Menteri Libya, MPM setuju rancang anjurkan pameran dan forum pendidikan dan latihan dan bisnes berkaitan di Tripoli penghujung Februari 2024.

“Kata beliau (Perdana Menteri Libya), acara itu adalah pembuka gelanggang kerjasama pembangunan kemakmuran bersama Libya-Malaysia,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anggota MALBATT 850-13 bertugas di Selatan Lubnan selamat – ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa seluruh anggota MALBATT 850-13 yang sedang bertugas di Selatan Lubnan berada dalam keadaan...

More Articles Like This