FASA Peralihan Monsun dijangka bermula 19 September ini iaitu Selasa depan dan berterusan sehingga bulan November nanti.
Perkara tersebut dimaklumkan Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Muhammad Helmi Abdullah dalam kenyataan hari ini.
Menurut Muhammad Helmi, Fasa Peralihan Monsun itu menandakan berakhirnya Monsun Barat Daya yang telah bermula sejak 15 Mei lalu.
Beliau berkata, rantau negara akan menerima tiupan angin lemah daripada pelbagai arah yang kondusif semasa fasa berkenaan.
“Ia mengakibatkan kejadian ribut petir yang lazimnya membawa hujan lebat berserta angin kencang dalam jangka masa yang singkat.
“Kejadian ini berlaku terutama pada waktu petang dan awal malam di kebanyakan kawasan di negeri-negeri di Pantai Barat dan pedalaman Semenanjung, barat Sabah serta barat dan tengah Sarawak.
Baca artikel berkaitan: Hujan lebat diramalkan di 6 negeri petang ini
“Keadaan cuaca ini berpotensi menyebabkan banjir kilat serta kerosakan pada struktur yang tidak kukuh,” katanya dalam kenyataan itu.
Mengulas lanjut, Muhammad Helmi menasihatkan orang ramai untuk lebih berwaspada ketika tempoh tersebut.
Pada masa sama, beliau juga meminta orang ramai sentiasa peka dengan ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi melalui laman web rasmi, aplikasi myCuaca dan media sosial rasmi jabatan itu.
“Orang ramai juga boleh menghubungi talian 1-300-22-1638 bagi sebarang pertanyaan lanjut,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

