RUSIA mengusir dua diplomat kanan AS dari kedutaan Amerika Syarikat di Moscow pada Khamis, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).
Setiausaha pertama dan kedua kedutaan telah diisytihar sebagai persona non grata dan mesti meninggalkan negara itu dalam tempoh tujuh hari, kementerian luar Rusia mengumumkan dalam laman sesawangnya.
Mereka telah dituduh melakukan campur tangan dalam hal ehwal dalaman Rusia, sambil mendakwa mereka telah merekrut seorang warganegara Rusia untuk memperoleh maklumat rahsia sehingga menjejaskan keselamatan Rusia.
Duta Besar AS Lynne Tracy telah dipanggil ke Kementerian Luar di Moscow untuk dimaklumkan mengenai keputusan itu.
Pada penghujung Ogos, perkhidmatan rahsia FSB Rusia menahan seorang bekas pekerja Rusia konsulat AS di Vladivostok.
Pihak berkuasa menuduh lelaki itu mengumpul maklumat mengenai perang Rusia di Ukraine, antara lain, dan menyampaikannya kepada kedutaan AS.
Suspek telah ditahan sejak itu.
–BERNAMA-dpa
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

