Caprice dituduh reka cerita tentang pendakwah bebas terkenal, dah serah semua bukti pada pihak polis -“Ini adalah fitnah besar”

Dari Penulis

PENYANYI rap dan aktivis kemanusiaan, Caprice memaklumkan sudah membuat laporan polis sebelum membuat rakaman podcast bersama pempengaruh Indoendsia, Mondy Tatto susulan dakwaannya menjadi mangsa gangguan seksual pendakwah bebas terkenal dari Malaysia.

Malah, kata Caprice atau Ariz Ramli,33, dia juga sudah membuat penilaian pakar psikiatri dan merakam perbualan mangsa dengan pasukan pendakwah terbabit.

“Ramai dah mula tuduh saya bayar atau reka cerita bersama Mondy. Kali ini kita bijak sikit. Sebelum siarkan podcast ini, kami sudah buat satu laporan polis. 

“Kami juga membuat penilaian ujian pakar psikiatri terhadap Mondy di hospital dan dengan izin mangsa, kami rakam semua perbualannya dengan pasukan ustaz tahun ini.

“Sebelum kita mesej langsung (DM) dan jemput Mondy minggu lepas. Salah satu bukti cerita dia kena sentuh adalah bukti perbualan WhatsApp antara Mondy dengan pengawal keselamatan dan pembantu peribadi dikenali Ajai pada 9 Julai lalu mengenai dia kena sentuh sehingga Mondy sendiri berulang kali maklumkan dia takut,” tulisnya di hantaran di Instagram.

Pada masa sama, Caprice turut memberitahu sudah mengumpul bahan bukti lain dan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

“Kepada pihak yang tuduh kita reka atau bayar untuk saja reka cerita sebab nak jatuhkan seorang ustaz, ini adalah fitnah besar.

“Kita tak ada masa nak jatuhkan sesiapa. Hanya nak guna platform kita sekarang untuk bantu mangsa-mangsa dekat luar sana untuk bersuara dan kongsi. Insya-Allah satu hari nanti, keadilan di pihak mangsa-mangsa,” katanya.

Semalam, menerusi podcast yang dimuat naik di YouTube, Mondy iaitu seorang wanita Indonesia yang pernah dibantu oleh seorang pendakwah Malaysia telah membuat pendedahan pernah menjadi mangsa seksual individu berperwatakan alim tersebut.

Kata Mondy, sebanyak tiga kali cubaan dirinya disentuh ketika hari pertama tiba di Malaysia. 


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Demi semak, imbang peranan MCA sentiasa relevan

MESKIPUN dikatakan hampir kesemua pengundi Cina memilih untuk tidak mengundi MCA pada pilihan raya umum yang lepas, namun kewujudan...

More Articles Like This