SEBANYAK 310 kes penderaan di taman asuhan kanak-kanak (taska) dilaporkan sepanjang 2022, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.
Bagaimanapun, beliau berkata, tiada kes penderaan dikesan melibatkan warga emas di pusat jagaan sepanjang tahun sama.
“JKM telah menerima satu aduan kes penderaan di pusat jagaan yang memberi jagaan kepada kanak-kanak pada tahun 2022,” katanya semasa penggulungan perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat.
Mengulas lanjut Nancy berkata, pihak kementerian mengambil beberapa langkah bagi memastikan pusat jagaan sentiasa mematuhi akta dan peraturan ditetapkan, antaranya melakukan pemeriksaan mengejut di premis pusat penjagaan berdaftar sekurang-kurangnya dua kali setahun.
“Kedua, memperkasakan tindakan penguatkuasaan ke atas pusat jagaan yang melanggar akta dan peraturan di bawahnya; dan ketiga, menganjurkan program kesedaran masyarakat sentiasa diadakan agar menjadi mata dan telinga jabatan bagi melaporkan kejadian kejadian yang disyaki melanggar peraturan,” katanya.
Memetik laporan FMT, katanya, bagi pusat jagaan tidak berdaftar, tindakan penguatkuasaan diambil bagi membendung isu itu daripada terus berleluasa.
“Sepanjang tahun 2020 hingga 2022 sebanyak 13 pusat jagaan tidak berdaftar telah dikenakan tindakan lak, sembilan dikompaun dan satu tindakan pendakwaan.
“Jumlah keseluruhan tindakan ke atas pusat jagaan tidak berdaftar dari tahun 2020 hingga 2022 adalah sebanyak 23 tindakan,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

