“Alhamdulillah.. Allah selamatkan saya, syukur tidak cedera serius” – Azizulhasni

Dari Penulis

JAGUH negara, Datuk Azizulhasni Awang yang terbabit dalam kemalangan ketika menjalani sesi latihan di Velodrom Nasional di Nilai, Negeri Sembilan pagi tadi bersyukur kerana tidak mengalami kecederaan serius.

Dalam laman sosial di Facebook miliknya, Azizulhasni berkongsi satu rakaman video berdurasi 36 saat yang menyaksikan beliau terjatuh ketika sedang memecut dalam usaha mengejar motosikal di hadapannya.

“Sekadar berkongsi dengan semua yang saya terbabit dengan kemalangan kelajuan tinggi ketika sesi latihan disebabkan kegagalan mekanikal.

“Kemalangan berlaku di selekoh pertama velodrom ketika saya memecut bagi mengejar motosikal di hadapan saya.

“Saya bersyukur kemalangan ini tidak mengakibatkan perkara lebih buruk. Ia sebenarnya boleh mendatangkan kecederaan yang serius.

“Sebarang kemalangan yang berlaku dalam situasi ini bukan bahan jenaka. Alhamdulillah… Allah selamatkan saya,” kata Azizulhasni dalam hantaran tersebut.

Insiden itu pastinya mengejutkan ramai pihak memandangkan Azizulhasni kini dalam persiapan akhir menjelang Sukan Asia Hangzhou 2022 di China yang bakal bermula 23 September ini.

Malah, Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) turut menyandarkan harapan kepada The Pocket Rocketman untuk sekurang-kurangnya membawa pulang satu pingat emas pada Sukan Asia kali ini.

Untuk rekod, pada Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018, Azizulhasni menyambar satu emas dalam acara pecut selain turut meraih satu perak (pecut berpasukan) dan satu gangsa (keirin).

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Azeem Fahmi rekodkan 10.09s, catat sejarah rakyat Malaysia pertama ke final NCAA

MUHAMMAD Azeem Fahmi membuktikan dirinya masih lagi pelari pecut terbaik pernah dihasilkan negara apabila mencatat 10.09 saat (s) dalam...

More Articles Like This