BINTANG terkenal antarabangsa, Ariana Grande membuat pendedahan mengejutkan apabila mengaku pernah melakukan suntikan botox dan ‘lip filler’ sejak lima tahun lalu.
Memetik laporan USA Today, penyanyi 7 Rings itu mengakui cukup taksub dengan kecantikan lebih-lebih lagi di bahagian wajah.
“Sejujurnya, sebagai peminat kecantikan, saya telah melakukan suntikan pada bibir dan melakukan botox selama bertahun-tahun,” katanya.
Bagaimanapun, Ariana bertindak berhenti berbuat demikian selepas menyedari apa yang dilakukan itu sangat berlebihan.
Malah, Ariana menganggap dirinya seperti menyorok di balik solekan tebal.
“Saya berhenti menyuntik botox pada 2018 kerana rasa berlebihan.
“Ia seperti rahmat bila berjaya keluar daripada persembunyian. Setelah sekian lama memakai solekan tebal, kini saya tak peduli lagi,” jelasnya.
Kini Ariana mengambil pendekatan menghargai setiap garis-garis halus yang muncul di wajahnya dan menganggap proses penuaan adalah sesuatu yang patut dilalui setiap individu.

