Pemandu maut tersepit lori roro terbalik

Dari Penulis

SEORANG lelaki maut tersepit selepas sebuah lori roro yang terbalik di Jalan Bukit Kerayong, Kapar, tengah hari tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Wan Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada 12.21 tengah hari

Beliau berkata, sepasukan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kapar dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Bomba tiba di lokasi dan mendapati sebuah lori telah terbalik dipercayai akibat hilang kawalan.

“Seorang lelaki Melayu berusia 30-an ditemui tersepit di tempat duduk pemandu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, mangsa berjaya dikeluarkan pada pukul 1.15 petang dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis bagi tindakan lanjut dan operasi tamat pada pukul 1.57 petang.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PM umum peruntukan tambahan RM1 juta Tabung Kasih@HAWANA

BAGI menyokong kebajikan pengamal media di negara ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan peruntukan tambahan...

More Articles Like This