Berang dituduh dukun palsu, lelaki bunuh wanita hamil disetubuhinya serta suami

Dari Penulis

SEPASANG suami isteri maut dibunuh oleh seorang lelaki selepas berang digelar dukun palsu dalam satu kejadian di Kapuas, Kalimantan Tengah, Indonesia, 6 September lalu.

Memetik laporan Detik.com yang disiarkan semalam, suspek yang dikenali sebagai Sriwanto Andy Ragil Saputra, 43, telah membunuh IR, 24, dan isterinya MS,16, dengan menggunakan parang.

Difahamkan, kejadian bermula apabila bapa kepada mangsa wanita berjumpa dengan suspek bagi memohon bantuan perubatan kepada anaknya.

Hal ini kerana suspek merupakan seorang dukun yang dikenali ramai dalam menyembuhkan penyakit.

Ketua Polis Kalteng, Komisioner Erlan Munaji berkata, pasangan suami isteri itu telah bertemu dengan suspek bagi mendapatkan zuriat serta kekayaan.

“Suspek membuat tawaran akan mengabulkan hajat dengan syarat MS perlu melakukan hubungan intim bersama suspek di hadapan IR (suami mangsa),” ujarnya.

Katanya, pasangan suami isteri itu akur akan syarat suspek sehinggalah suspek bertindak melakukan hubungan intim ketika ketiadaan suami suspek di rumah.

“MS kemudian disahkan hamil dan mangsa menuntut janji daripada suspek mengenai permintaan mereka untuk menjadi kaya.

“Mangsa kemudian mula beremosi dan menggelar suspek sebagai dukun palsu,” ujarnya.

Erlan berkata, suspek yang tidak dapat menerima tuduhan itu telah mengajak kedua-dua mangsa bertemu dengannya pada 6 September.

Katanya, berlaku pertengkaran antara IR dengan suspek dan MS mula campur tangan sehingga terkena pukulan suspek lalu pengsan.

“Suspek kemudian bertindak memukul IR dan menetak dengan menggunakan parang sehingga meninggal dunia,” ujarnya.

Jelasnya, suspek kemudian membawa MS yang tidak sedarkan diri sejauh satu kilometer dari tempat kejadian.

Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan, MS dipercayai tersedar daripada pengsan.

Suspek kemudian bertindak merogol MS sebelum mangsa mengugut akan melaporkan kejadian kepada polis.

“Suspek yang ketakutan telah bertindak memukul belakang kepala MS dengan menggunakan kayu sehingga mati,” ujarnya.

Ekoran kehilangan mangsa, ibu bapa mangsa bertindak melaporkan kejadian kepada polis.

Mayat mangsa kemudian berjaya ditemui di dua lokasi berbeza pada 10 dan 12 September.

“Penduduk menemui mayat mangsa lelaki di dalam parit yang dipenuhi semak, manakala mangsa wanita ditemui di belakang ladang kelapa sawit,” ujarnya.

Erlan berkata, hasil bedah siasat mendapati terdapat unsur keganasan dan MS disahkan telah mengandung dua bulan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anggota MALBATT 850-13 bertugas di Selatan Lubnan selamat – ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa seluruh anggota MALBATT 850-13 yang sedang bertugas di Selatan Lubnan berada dalam keadaan...

More Articles Like This