Irmohizam rakyat Malaysia pertama dilantik Ahli Lembaga Pengarah WTCA

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PENGARAH Urusan Kumpulan Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim menjadi rakyat Malaysia pertama dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Persatuan Pusat Dagangan Dunia (WTCA).

Pada masa sama, Irmohizam juga merupakan rakyat Malaysia pertama menjadi Pengerusi Persidangan dan Pameran Majlis Anggota Penasihat (MAC) WTCA yang beribu pejabat di New York, Amerika Syarikat.

Dalam satu kenyataan hari ini, pemilihan Irmohizam sebagai ahli Lembaga Pengarah WTCA mencerminkan sumbangan dan kepimpinan luar biasa beliau dalam industri acara perniagaan (BE) di peringkat global.

Menurut kenyataan itu, pengalaman dan kepakaran beliau yang luas menjadikannya sebagai seorang tokoh yang disegani dalam bidang tersebut.

“Selain itu, beliau turut berkhidmat dengan aktif sebagai ahli Lembaga Penasihat bagi Persatuan Penganjur dan Pembekal Konvensyen dan Pameran Malaysia (MACEOS).

“Peranan beliau sebagai Pengerusi Persidangan dan Pameran Majlis Anggota Penasihat (MAC) WTCA juga mengesahkan statusnya sebagai peneraju dan tokoh terkemuka dalam industri BE serta mengukuhkan lagi kehadiran Malaysia di pentas global,” kata kenyataan itu.

Sebagai rekod, Irmohizam merupakan antara 18 calon yang bertanding untuk 12 kerusi terbuka Lembaga Pengarah WTCA.

Baca artikel berkaitan: Irmohizam dilantik Pro Canselor 1 Universiti Geomatika Malaysia

Rangkaian persatuan itu mempunyai lebih 340 anggota daripada 90 buah negara di seluruh dunia.

Sementara itu, Irmohizam meluahkan rasa bangga dan berbesar hati dengan peluang yang diberikan untuk berkhidmat dalam Lembaga Pengarah persatuan itu.

Kata beliau, pencapaian itu amat penting bukan kepada dirinya sahaja tetapi juga kepada Malaysia sekali gus mencerminkan kekuatan dan potensi negara dalam komuniti acara perniagaan global.

“Saya komited untuk bekerja tanpa jemu bagi membawa Malaysia ke hadapan dalam industri ini dan menjadikan kita lebih kuat sebagai salah satu pemain industri.

“Kita mampu untuk bersama-sama mencipta perkara yang hebat untuk negara kita dan komuniti perniagaan antarabangsa,” katanya.

Tokoh berasal dari Kampung Kuantan, Kuala Selangor itu juga telah dijemput untuk menyertai Ahli Lembaga Pengarah WTCA yang lain pada bulan hadapan di New York, AS bagi menghadiri mesyuarat pertama bagi sesi baharu.

Antara Ahli Lembaga Pengarah WTCA yang baru dilantik termasuk Vijay Kalantri (WTC Mumbai); Catherine Lee (WTC Suzhou); Christina Shen (WTC Shenyang); Vineet Verma (WTC Bengaluru); Freerk Faber (WTC Twente) dan beberapa orang lain lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Inisiatif Smart Lane kurangkan kesesakan trafik sehingga 50 peratus

INISIATIF Smart Lane secara keseluruhannya telah menunjukkan keberkesanan yang tinggi dan berjaya mengurangkan kadar kesesakan trafik antara 30 hingga...

More Articles Like This